Bersesuaian dengan perlaksanaan Sistem Keanggotaan dan Kewangan KOBANAS dan bagi memudahkan anggota berurusan dengan pejabat KOBANAS, dimaklumkan bahawa anggota boleh memuat naik pelbagai jenis borang seperti di bawah melalui Web Portal Anggota:
Borang Permohonan Tuntutan Khairat Kematian
Borang Permohonan Penambahan Saham
Borang Perubahan Potongan Caruman Bulanan
Borang Permohonan Pengeluaran CJC
Pegawai Unit Kredit di pejabat KOBANAS akan mencapai dan memproses borang yang dimuat naik di Web Portal Anggota.