Tujuan
Takaful kenderaan diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota KOBANAS terutamanya kakitangan BSN amnya untuk memperbaharui takaful kenderaan bermotor termasuk kereta, motosikal dan lain-lain kenderaan berenjin. Perkhidmatan ini termasuk pembaharuan cukai jalan.
Wakil Takaful
Bagi tujuan tersebut pihak KOBANAS telah mewakili dua buah syarikat insuran bagi mengendalikan perniagaan takaful kenderaan ini. Syarikat takaful tersebut adalah seperti berikut:
- Etiqa Takaful
- Takaful Malaysia
- Takaful Ikhlas
Kemudahan Yang Ditawarkan
Terdapat dua cara kemudahan yang disediakan bagi pembelian takaful kenderaan yang ditawarkan oleh pihak KOBANAS iaitu:
-
- Perkhidmatan takaful secara tunai ini terbuka kepada anggota, kakitangan BSN dan orang luar.
- Pembelian secara tunai akan memperolehi pengurangan harga sebanyak 5% daripada harga premium.
- Cara Memohon :
- Salinan geran kenderaan.
- Polisi takaful sedia ada untuk tujuan pengesahan Non Claim Bonus (NCB). Peratusan NCB mestilah mendapat pengesahan pihak takaful sebelum pengiraan dibuat.
- Dokumen di atas hanya diperlukan ketika permohonan pertama kali dan tidak diperlukan pada tahun-tahun berikutnya.
- Pembelian Melalui Pembiayaan
-
- Permohonan melalui pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja tertakluk kepada kelayakan semasa.
- Mengemukakan dokumen ke pejabat KOBANAS sepertimana senarai berikut:
- Borang pembiayaan yang telah diisi dengan sempurna.
- Slip gaji asal atau yang disahkan oleh ketua bahagian/cawangan.
- Pengiraan takaful yang telah dikemukakan oleh Pegawai Insuran.
- Polisi takaful yang lama.
- Salinan geran kenderaan.
- Pihak Kobanas juga memberi perkhidmatan pembaharuan Cukai Jalan dengan caj minima.