TAKAFUL IKHLAS IDAMAN

Manfaat Takaful

  • Manfaat ini akan disediakan apabila anggota yang menyertai Pelan ini meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh di dalam tempoh penyertaan.

Takrif Keilatan Menyeluruh

  • Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan sepenuh deria
  • penglihatan di kedua-dua belah mata.
  • Kudung keseluruhan kedua-dua belah tangan pada atau di atas paras
    pergelangan.
  • Kudung keseluruhan sebelah tangan dan sebelah kaki.
  • Hilang lenyapnya deria penglihatan yang tidak dapat dipulihkan pada
    sebelah mata dan kudungnya keseluruhan bahagian anggota kaki/tangan.

Cara Membuat Tuntutan

  • Memandangkan tuntutan adalah daripada pihak KOBANAS maka setiap tuntutan perlu dikemukakan kepada pihak KOBANAS apabila berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh kepada peserta bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • Salinan sijil kematian peserta.
    • Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).