VISI, MISI, OBJEKTIF, MATLAMAT & MOTO

VISI

Menjadi sebuah koperasi yang menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dan memberi manfaat untuk mempertingkatkan sosio-ekonomi anggota.

MISI

  • Menyediakan kemudahan pembiayaan patuh Syariah dan memperkasa nilai pelaburan serta modal insan bagi mempertingkatkan sosio-ekonomi anggota.
  • Meningkatkan prestasi kewangan dengan menjana pendapatan perniagaan yang memberi pulangan yang tinggi dan perkhidmatan berkualiti kepada pihak berkepentingan.

OBJEKTIF

  • Memastikan perkhidmatan dan pentadbiran kewangan yang berkualiti.
  • Memastikan koperasi sentiasa bergerak di landasan yang betul selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
  • Mewujudkan modal insan yang berilmu, mahir dan berhemah tinggi.
  • Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan sejajar dengan perkembangan semasa dengan sokongan teknologi maklumat.
  • Memastikan perniagaan dan pelaburan memperolehi pulangan yang setimpal.

MATLAMAT

Dalam usaha untuk mencapai misi dan visi:

  • Memberi komitmen dan sumbangan terbaik kepada anggota-anggota koperasi dengan mempertingkatkan kepentingan sosio-ekonomi dan kebajikan anggota serta memberi pulangan yang menarik ke atas simpanan anggota.
  • Sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama yang berterusan diantara KOBANAS dengan Pengurusan BSN.
  • Menjalinkan hubungan sebagai rakan strategik bersama koperasi-koperasi yang berjaya di Malaysia
  • Berusaha mengurangkan kos-kos operasi;
  • Menyediakan jaringan peluang-peluang perniagaan kepada anggota seiring dengan dasar pembangunan koperasi & industri negara.
  • Memantapkan sumber manusia dalam usaha menyokong segala usaha koperasi ke arah kestabilan dan masa depan yang kukuh.

MOTO

KOBANAS hak milik bersama di BSN