LATAR BELAKANG

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993 dibawah naungan BSN dan seliaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan.

 

Idea Penubuhan koperasi ini telah dicadangkan oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional ketika itu iaitu Ybhg. Datuk Mohd Kassa bin Abd. Aziz.

 

Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhannya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat. Aktiviti utama KOBANAS sehingga kini adalah merupakan koperasi kredit yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota selain dari menjalankan aktiviti perniagaan cafe dan parking yang telah diamanahkan oleh Pengurusan BSN.

 

Undang-Undang Kecil (UKK) Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung yang pertama iaitu pada 2 Disember 1995 tetapi hanya berkuatkuasa pada 10 Jun 1997 setelah mendapat kelulusan dari Ketua Pendaftar Koperasi dibawah Akta Koperasi 1993.

 

Jumlah keanggotaan KOBANAS pada masa penubuhan adalah seramai 2,000 orang dan bilangan tersebut terus meningkat sehingga 4,600 orang pada masa ini. Pada permulaan kelayakan anggota hanya dikhaskan kepada kakitangan tetap BSN dan ketika ini ianya telah dibuka juga kepada kakitangan BSN bertaraf kontrak.