1. Bilakah saya boleh menambahkan Yuran Syer saya? |
Jawapan : |
Tuan/Puan boleh menambahkan Yuran Syer setelah amaun Yuran Syer telah genap RM 100.00 dan boleh dibuat pada bilabila masa yang difikirkan sesuai (sebelum 30 Jun) tetapi hendaklah dengan gandaan sebanyak RM 100.00 setiap kali tambahan. |
2. Bagaimanakah cara pembayaran tambahan yuran syer tersebut? |
Jawapan: |
Tuan/Puan boleh melakukannya dengan cara bayaran tunai dengan menkreditkan jumlah tambahan tersebut ke Akaun Giro Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad, iaitu 14100-41-10004581-2. Seterusnya tuan/puan adalah diminta memberikan kerjasama untuk menghantarkan salinan fotostat “slip bayar masuk/deposit” berkenan bersama Borang Permohonan Tambahan Yuran Syer (yang boleh diperolehi daripada Perwakilan-Perwakilan koperasi di negeri tuan/puan) ke pejabat koperasi dengan segera untuk tindakan selanjutnya. Bayaran juga boleh dibuat melalui potongan gaji tetapi mestilah dengan gandaan RM 100.00. |
3. Bolehkah saya menambahkan Yuran Syer saya dengan gandaan RM 1,000.00? |
Jawapan: |
Boleh. Sila ikuti arahan dan panduan di (2) di atas. |
4. Adakah Sijil Syer dikeluarkan untuk penambahan tersebut? |
Jawapan: |
Tidak, Sijil Syer tidak akan dikeluarkan kerana ianya direkod dalam sistem komputer. Penyata transaksi tambahan saham akan diberikan kepada anggota.. |
5. Berapakah jumlah dividen yang akan dibayar kepada saya? |
Jawapan: |
Jumlah dividen yang boleh koperasi tawarkan kepada anggota bergantung kepada prestasi kewangan sepanjang tahun kewangan koperasi yang berakhir pada 31 Disember pada setiap tahun dan berdasarkan kepada jumlah simpanan (yuran dan syer) pada 30 Jun tahun yang sama. Kadar dividen bergantung kepada jumlah yang dicadangkan oleh pihak Lembaga dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan, yang diadakan pada setiap tahun. |
6. Bagaimanakah perkiraan dividen tersebut jika jumlah simpanan saya tidak mencukupi tempoh setahun dari tempoh mula tambahan dibuat? |
Jawapan: |
Perkiraan dividen akan dibuat berdasarkan kepada bulan yang genap sahaja. |
7. Bagaimanakah perkiraan dividen jika amaun yang ditambah tersebut dikeluarkan sepenuhnya atau sebahagian darinya, sebelum genap satu tahun / tempoh matang? |
Jawapan: |
Dividen tidak akan dibayar ke atas amaun yang dikeluarkan itu. |
8. Bagaimanakah cara pembayaran dividen tersebut? |
Jawapan: |
Dividen tersebut akan dimasukkan ke akaun Giro semua anggota pada tarikh yang akan ditentukan dari semasa ke semasa mengikut ketentuan Anggota Lembaga Koperasi. |
9. Adakah pembayaran dividen tersebut perlu diistiharkan sebagai pendapatan untuk tujuan Cukai Pendapatan Kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri? |
Jawapan: |
Semua pendapatan termasuk yang berbentuk dividen dari yuran dan saham, termasuk daripada koperasi perlu diistiharkan sebagai pendapatan, kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri. |
10. Apakah kelayakan permohonan pembiayaan bagi anggota? |
Untuk memohon pembiayaan anggota perlu melunaskan saham minimum RM200 bagi membolehkan anggota layak membuat pembiayaan |