Manfaat Takaful – Manfaat ini akan disediakan apabila anggota yang menyertai Pelan ini meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh di dalam tempoh penyertaan.
Takrif Keilatan Meyeluruh
Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan sepenuh deria
penglihatan di kedua-dua belah mata.
Kudung keseluruhan kedua-dua belah tangan pada atau di atas paras pergelangan.
Kudung keseluruhan sebelah tangan dan sebelah kaki.
Hilang lenyapnya deria penglihatan yang tidak dapat dipulihkan pada sebelah mata dan kudungnya keseluruhan bahagian anggota kaki/tangan.
Cara Membuat Tuntutan – Memandangkan tuntutan adalah daripada pihak KOBANAS maka setiap tuntutan perlu dikemukakan kepada pihak KOBANAS apabila berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh kepada peserta bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
Salinan sijil kematian peserta.
Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
PROSES TUNTUTAN DENGAN PIHAK ETIQA TAKAFUL
Pendaftaran tuntutan dalam masa 1 hari daripada tarikh tuntutan diterima oleh pihak Etiqa Takaful bergantung kepada sistem.
Kelulusan tuntutan dalam masa 14 hari daripada tarikh pendaftaran tertakluk kepada status permohonan. (Pemegang kontrak iaitu KOBANAS akan dimaklumkan samada tuntutan diluluskan/ditolak atau ditangguhkan sekiranya tuntutan tidak lengkap)
Carta Aliran Tuntutan
Nota:
Untuk makluman Skim Takaful Keluarga Berkelompok Mutiara Plus ini telah ditamatkan pada 1 Mei 2023 dan ianya telah ditukar kepada Skim Berkelompok Takaful Ikhlas Idaman.