Menjadi sebuah koperasi yang menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dan memberi manfaat untuk mempertingkatkan sosio-ekonomi anggota.
MISI
Menyediakan kemudahan pembiayaan patuh Syariah dan memperkasa nilai pelaburan serta modal insan bagi mempertingkatkan sosio-ekonomi anggota.
Meningkatkan prestasi kewangan dengan menjana pendapatan perniagaan yang memberi pulangan yang tinggi dan perkhidmatan berkualiti kepada pihak berkepentingan.
OBJEKTIF
Memastikan perkhidmatan dan pentadbiran kewangan yang berkualiti.
Memastikan koperasi sentiasa bergerak di landasan yang betul selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
Mewujudkan modal insan yang berilmu, mahir dan berhemah tinggi.
Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan sejajar dengan perkembangan semasa dengan sokongan teknologi maklumat.
Memastikan perniagaan dan pelaburan memperolehi pulangan yang setimpal.
MATLAMAT
Dalam usaha untuk mencapai misi dan visi:
Memberi komitmen dan sumbangan terbaik kepada anggota-anggota koperasi dengan mempertingkatkan kepentingan sosio-ekonomi dan kebajikan anggota serta memberi pulangan yang menarik ke atas simpanan anggota.
Sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama yang berterusan diantara KOBANAS dengan Pengurusan BSN.
Menjalinkan hubungan sebagai rakan strategik bersama koperasi-koperasi yang berjaya di Malaysia
Berusaha mengurangkan kos-kos operasi;
Menyediakan jaringan peluang-peluang perniagaan kepada anggota seiring dengan dasar pembangunan koperasi & industri negara.
Memantapkan sumber manusia dalam usaha menyokong segala usaha koperasi ke arah kestabilan dan masa depan yang kukuh.