Adalah dimaklumkan bahawa pejabat dan kedai Ar-Rahnu KOBANAS ditutup bagi tempoh 5 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021 kerana tidak dibenarkan beroperasi lanjutan daripada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan lokasi pejabat dan kedai Ar-Rahnu KOBANAS.
Bersesuaian dengan ini, kakitangan KOBANAS berkaitan akan bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh PKPD ini.
Segala urusan keanggotaan dan pembiayaan anggota akan diuruskan secara on-line sama ada melalui Web-Portal anggota atau pun email.
Anggota yang ingin memohon pembiayaan atau perlu menghantar lain-lain dokumen permohonan seperti permohonan khairat kematian, hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam Web-Portal anggota.
Jika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan perkhidmatan, anggota boleh menghantar email kepada kredit@kobanas.my atau khidmatpelanggan@kobanas.my