Sebarang urusan pembiayaan bagi anggota sewaktu tempoh PKPB dengan perintah kerja dari rumah, anggota boleh mengemukakan permohonan melalui e-mail kredit@kobanas.my untuk diproses oleh Unit Kredit.
Anggota hendaklah mengisi borang pembiayaan bersama dokumen yang diperlukan.
Anggota tidak perlu mendapatkan pengesahan perwakilan pada borang. Perkara ini akan diambil tindakan oleh Unit Kredit KOBANAS dalam tempoh PKPB ini.
Scan borang pembiayaan dan dokumen yang berkaitan. Dokumen asal perlu dihantar kepada Unit Kredit KOBANAS di pejabat KOBANAS.
Sila juga hantar salinan scan kepada kredit@kobanas.my untuk perhatian En Shabudin, En Khazmi dan Pn Hawa. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi no tel pejabat 03-42521293.
Unit Kredit akan memproses permohonan dan seterusnya menghubungi anggota bagi tujuan akad.