KOBANAS dalam proses melaksanakan SKKKOB yang menggunakan platform Web Base yang dijangkakan siap dan mula beroperasi pada 1 Januari 2021.
Sistem ini adalah berintegrasi penuh untuk modul keanggotaan, pembiayaan dan kewangan. Salah satu hasil adalah modul Web Portal bagi membolehkan mencapai maklumat penyata saham dan caruman secara atas talian tanpa perlu menghubungi pejabat KOBANAS. Anggota juga boleh memohon pembiayaan secara atas talian dengan memuat turun seterusnya memuat naik borang permohonan atas talian. Anggota boleh mengetahui status proses kelulusan permohonan pembiayaan melalui Web Portal.